Latar Belakang

 

Home
Latar Belakang
Panorama Sekolah
Guru-guru
Kelas
Kegiatan Pelajar

 



baiduri dan delima

taman

dataran minda

kafeteria

Sejarah Sekolah

 

      SK Bandar Bukit Kayu Hitam telah diasaskan pada tahun 1985 dengan menumpang di SK Dato' Wan Kemara, Changlon sebelum berpindah ke SM Bukit Kayu Hitam pada awal tahun 1986. Pada 20 April 1986 barulah ia berpindah ke bangunannya sendiri dengan nama SK Laka Temin.

      Dari segi fizikalnya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan yang mempunyai bilik-bilik darjah, bilik-bilik sokongan, pejabat, bilik guru dan kantin.

Sekolah ini berhampiran dengan sempadan Thailand mempunyai 17.6 hektar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikendalikan oleh 13 orang guru termasuk guru besar, 2 orang pekerja dan 279 orang murid.

       Untuk memberi imej baru dan mengelak gelaran ' sekolah ladang', sekolah ini bertukar nama kepada SK Bandar Bukit Kayu Hitam sempena perasmian sekolah pada tahun 1988 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, YB Encik Anwar Ibrahim dan kekallah nama itu hingga hari ini.

       Perubahan ini merupakan satu anjakan paradigma pada sekolah ini. Identiti sekolah ladang telah ditukarkan dan pelbagai usaha dan program dijalankan untuk memberi wajah baru sekolah ini. Berkat usaha dan kerjasam jitu dari PIBG, agensi luar dan individu, sekolah ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan.

       Pada tahun 1994, SKBBKH telah menjadi Juara Pertandingan 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keindahan Alam Sekitar ) Peringkat Sekolah Rendah Luar Bandar. Kejayaan yang lebih manis ialah Pencapaian Emas Juara antara Juara 3K peringkat Kebangsaan.

       Kejayaan ini juga telah membuka mata dan minda terutama dalam dunia pendidikan. Sekolah ini menjadi satu destinasi untuk dilawati.Lebih 30000 pelawat datang ke sekolah ini yang terdiri dari Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia dan Thailand.