SK
Bandar Bukit Kayu Hitam telah diasaskan pada tahun
1985 dengan menumpang di SK Dato' Wan Kemara, Changlon
sebelum berpindah ke SM Bukit Kayu Hitam pada awal
tahun 1986. Pada 20 April 1986 barulah ia berpindah
ke bangunannya sendiri dengan nama SK Laka Temin.
Dari
segi fizikalnya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan
yang mempunyai bilik-bilik darjah, bilik-bilik sokongan,
pejabat, bilik guru dan kantin.
Sekolah
ini berhampiran dengan sempadan Thailand mempunyai 17.6
hektar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikendalikan
oleh 13 orang guru termasuk guru besar, 2 orang pekerja
dan 279 orang murid.
Untuk
memberi imej baru dan mengelak gelaran ' sekolah ladang',
sekolah ini bertukar nama kepada SK Bandar Bukit Kayu
Hitam sempena perasmian sekolah pada tahun 1988 yang
telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu,
YB Encik Anwar Ibrahim dan kekallah nama itu hingga
hari ini.
Perubahan
ini merupakan satu anjakan paradigma pada sekolah ini.
Identiti sekolah ladang telah ditukarkan dan pelbagai
usaha dan program dijalankan untuk memberi wajah baru
sekolah ini. Berkat usaha dan kerjasam jitu dari PIBG,
agensi luar dan individu, sekolah ini telah mencapai
kejayaan demi kejayaan.
Pada
tahun 1994, SKBBKH telah menjadi Juara Pertandingan
3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keindahan Alam Sekitar
) Peringkat Sekolah Rendah Luar Bandar. Kejayaan yang
lebih manis ialah Pencapaian Emas Juara antara Juara
3K peringkat Kebangsaan.
Kejayaan ini juga telah membuka
mata dan minda terutama dalam dunia pendidikan. Sekolah
ini menjadi satu destinasi untuk dilawati.Lebih 30000
pelawat datang ke sekolah ini yang terdiri dari Menteri
Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah
Pendidikan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kementerian
Pendidikan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan sekolah-sekolah
dari seluruh Malaysia dan Thailand.
|